Saturday, January 5, 2008

Kehebatan Ujian ALLAH

Setiap insan yang bergelar hamba Allah, pasti akan merasai kesenangan mahupun kesusahan hidup di dunia ini. Aku yakin tidak ramai manusia yang ingin melihat diri mereka ditimpa kesusahan, kehibaan juga kesedihan. Tapi ingatlah musibah yang diterima oleh manusia adalah salah satu bentuk ’test’ yang perlu dihadapi oleh mereka yang beriman kepada ALLAH. Teringat aku tentang firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud ALLAH tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya. Ya benar, adakalanya keperitan dan ujian hidup adalah kafarah (penghapus) dosa-dosa kita. Boleh jadi ia sebagai ujian untuk meningkatkan darjat kita disisi ALLAH. Tidak terkecuali dalam menghadapi situasi ini adalah diriku sendiri. Tanggal 13 Zulhijjah 1428H merupakan detik atau saat genting dalam diriku. Sehari sebelum tarikh keramat tersebut, merupakan antara detik bahagia kerana berlangsung majlis pertunangan dirumahku. Alhamdulillah, majlis tersebut yang berlangsung dengan sederhana tetap meriah diraikan ratusan manusia. Tiada sebarang insiden buruk berlaku. Syukur sangat kepada Yang Esa.

Dalam sibuk melayani tetamu yang hadir, tiba-tiba satu ’sms’ diterima daripada sahabatku A. Selepas membaca sms A, jantungku berdegup kencang dan mukaku kelihatan gusar. Kegembiraan yang kukecapi tadi bertukar menjadi kegusaran. Bila kegusaran melintas di hati, kegirangan mula berlalu pergi. Tekanan kian terpancar diwajahku yang dibasahi peluh jantan yang mengalir deras. Hanya doa dan munajatku kepada Allah membantuku mengurangkan perasaan ini. Ku cuba biarkan perasaan gusar itu berlalu pergi.

Keesokan harinya pula, aku menjalani kehidupan seperti biasa. Waktu pagi aku meringankan tulang empat kerat yang semakin berat dan memerah keringat membantu ibubapaku mengemas rumah sehingga waktu pagi menjelang pergi. Tibanya sore, ayahku mengajak kami sekeluarga pergi ke sekolah adikku. Alhamdulillah, adikku ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) tidak jauh dari rumahku. Walaupun masa pendaftaran belum lagi tiba, adikku tetap merengek mahu melihat sekolah impiannya itu. Dalam perjalanan ke sana, satu lagi ’sms’ ku terima daripada sahabatku I pula. Kandungan sms I saling tak tumpah samanya dengan sms A. Walaupun begitu, hatiku tidak lah begitu gusar kerana aku sudahpun bersedia untuk menghadapi saat-saat yang mencemaskan itu.

Senja berlalu, malam datang menjelma. Selepas solat isya’ aku tidak sabar menunggu lagi. Aku terus menerpa motosikal kesayanganku yang sudah 6 kali terlibat dalam kemalangan. Enjinnya ku hidupkan dan kemudian terus meluncur laju di jalanan. Satu demi satu kenderaan ku ’cilok’ demi untuk sampai awal ke destinasi yang dituju. Akhirnya destinasi yang dituju sampai. Aku melangkah masuk ke sebuah premis kelihatan agak usang tetapi sentiasa dipenuhi oleh manusia. Tetikus yang banyak berjasa pada manusia ku pegang erat dan terus berlegar-legar di layar hadapanku. Alam maya ku layari dengan sepantas kilat mengikut kemahuanku. Sampai sahaja di suatu ’button’, tangan yang menggengam erat tetikus kesayanganku itu tiba-tiba menggigil kesejukan. Terasa berat untuk menekan ’button’ tersebut tetapi ku gagahkan juga hatiku kerana itulah matlamat utama aku datang ke premis tersebut. Sebentar lagi aku akan berhadapan dengan realiti yang perlu kuterima walau apa jua keadaan berlaku. Dengan keadaanku yang lemah longlai, akhirnya button tersebut berjaya ditekan. Terpampang jelas di skrin tersebut Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 sesi 2007/2008. Badanku kaku membeku sekejap apabila ku merenung tajam ke arah keputusan tersebut. Alangkah terkejutnya bila aku melihat keputusan tersebut yang ku rasakan itulah keputusan yang paling teruk dalam sejarah hidupku. Aku gagal dalam satu daripada tujuh subjek yang kuambil pada semester tersebut. Aku memperolehi bawah daripada 2.4. Pointer tersebut sungguh mengecewakan dan hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan hibaku ketika itu. Terasa gelap sekejap masa depanku. Hebat sungguh ujian yang kuterima daripada ALLAH. Tidak selamanya manusia akan bergembira dengan kejayaan yang dinikmati dahulu. Terbayang seketika wajah ibubapaku, kawan-kawan dan pensyarah-pensyarahku. Terasa ingin meraung tapi apakan daya air mata emasku tidak mampu mengalir lagi. Aku malu pada mereka semua, sudah tentu mereka tidak sesekali menjangkakan aku akan memperolehi keputusan yang sungguh memalukan. Aku sedar inilah antara bahana yang perlu kuterima. Mungkin aku alpa dengan permainan duniawi dan melupakan Yang Maha Berkuasa. Mungkin tindak-tanduk ku selama ini yang kadang-kadang solat lewat, malas untuk solat malam, liat dalam menghadiri taman-taman syurga mahupun hubungan aku sesama manusia tidak disemai dengan benih-benih keikhlasan dan kejujuran mengakibatkan aku menerima musibah ini. Mungkin juga aku culas dalam mengulangkaji pelajaran disebabkan pengurusan masa yang teruk. Yang kutahu melepak dan beromong kosong bersama teman-teman seolah-olah tiada tanggungjawab yang perlu digalas. Hakikatnya, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segala-galanya. Manusia merancang, ALLAH S.W.T merancang dan sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih tepat daripada perancangan manusia. Dalam asyik aku termenung sendirian, kedengaran bunyi ’BUZZ’. Rupanya sahabat baik ku yang kini belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir mengajak ku untuk berchatting. Aku menceritakan segala-galanya yang berlaku dan beliau sempat menyampaikan tazkirah ringkas dalam nada santai. Ketika itu, hatiku sedikit tenang dan emosiku terkawal. Aku sedar diriku tidak bersendirian dikala kegagalan datang tanpa diundang kerana sahabatku itu rancak menenangkanku. Ya benarlah kata pepatah, teman sama gembira mudah dicari tetapi belum tentu teman sama menangis mudah dihampiri. Kebanyakan mereka akan cuba menghilangkan diri tanpa kesan apabila teman mereka menghadapi kesulitan. Setelah selesai ’berchatting’, aku terus melangkah keluar dari premis tersebut.

Sampai sahaja di rumah, dalam keadaan yang kurang waras aku menghantar sms kepada Encik M. Masih segar diingatan bait-bait sms tersebut yang berbunyi ”Encik, saya rasa nak letak jawatan presiden KP bole x? Pointer sy sem ni jatuh mendadak sampaikan cam xbole bangun lg. Semua ni salah saya. Sy hampir putus harapan.” Begitulah antara luahan hatiku dalam sms tersebut dan beberapa minit kemudian beliau menelefon aku tapi tidak ku jawab dengan alasan ”moody”. Mujurlah beliau memahami dan ingin bertemu denganku apabila masuk semester baru kelak.

Malam tersebut aku tidak mampu melelapkan mata dan asyik memikirkan masa depan sambil bermuhasabah diri. Terasa begitu bersalah dengan ibubapaku yang banyak bekorban demi masa depanku. ”Kenapa ko xstudy betul2 ji!!!ko lupa pd ibubapa ko yang byk bekorbn untuk ko ji!!!Inikah balsan ko pd mereka!!!Ingt ji, ko ank sulung dan harapan pd mereka!!!Bila lgi ko nak ubh nsib keluarga ko klu ko mls bljr!!!Ko lupe pd pesanan ibubapa ko yg menyuruh ko bljr bersungguh2!!!Sampai bile ko nk mkn nasi berlauk kan ikan masin!!!smpai bile ko nk biarkan keluarga ko tido beralaskan lantai!!!xteringin kah ko bri sedkit kesenangan pd ibu bapa ko sendiri!!!bri harapn baru pd adik-adik ko yg masih bersekolah!!!ko anak sulung dan patut jdi contoh tauladan pd adik-adik ko!!!Maafkan aku Ibu, Ayah!!!!Begitulah antara tujahan pertanyaan pada diriku sendiri. Dalam asyik mengelamun, kedengaran beberapa sms yang diterima. Sahabatku I, L, dan D menghantar sms dan rata-rata antara mereka tidak membenarkan aku ’resign’ jawatan presiden. Mereka masih lagi mahukan khidmat aku dan meminta aku menceritakan kisah yang berlaku. Tetapi kurasakan ketika itu bukanlah masa yang sesuai untuk aku meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku. Masih terngiang-ingiang sms yang diterima dari sahabat istimewa ku N yang mahu aku fikirkan positif terhadap apa yang berlaku dan yakin ada hikmah tersembunyi rentetan daripada peristiwa hitam tersebut.

Kadang-kadang aku terfikir layak kah aku memimpin mereka sedangkan diri aku sendiri tidak terpimpin dengan baik. Lihatlah pengurusan masa yang teruk sekali, asyik sibuk dengan program itu, program ini. Sampaikan masa untuk study pun terbiar pergi. Study last minute, itulah falsafah yang membawa kepada kehancuran akademik aku. Bila dah terhantuk baru nak terngadah!!!Ketika itu lah baruku teringat pepatah Inggeris yang berbunyi ’A good plan today is better than a perfect plan tomorrow”. Aku dalam delema ketika itu, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Kalau aku xmengarah sesuatu program siapa lagi yang mampu diharapkan. Tak kan aku nak mementingkan diri sendiri dengan membiarkan kelab mahupun jemaah aku terkontang-kanting. Siapa lagi nak lead kalau bukan aku. Mereka telah pun memberikan mandat kepada aku untuk mengepalai kelab dengan sistematik dan seharusnya aku menunaikan amanah yag telah diberikan dengan sebaik mungkin. Kadang kala terasa seperti ada antara MT mahupun Exco aku bersikap lepas tangan, mementingkan diri sendiri. Mereka lebih suka buat program lepak-lepak tengok wayang, mandi air terjun, mandi laut dan sebagainya daripada buat program berbentuk ilmiah. Mereka jugalah yang sanggup menerima tugas sebagai Exco semasa ditawarkan dulu. Aku masih ingat lagi Timbalan aku sendiri yang enggan pergi ke mesyuarat bersama badan profesional dengan alasan yang bagi aku tidak munasabah. Timbalan aku enggan menghadiri mesyuarat tersebut kerana mahu pergi bercuti ke Port Dickson bersama teman-temannya yang lain. Dalam nada yang sinis beliau tetap berkeras tidak mahu pergi walaupun aku telah memujuknya berkali-kali dan yang paling menggeramkan aku ketika itu ada antara Exco aku yang bertindak seolah-olah menyebelahi beliau. Beliau seolah-olah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin no 2 dalam kelab dan bertindak mengikut hawa nafsu dengan membelakangi kelab. Aku rasa sangat kecewa ketika itu . Mujurlah temanku A mahu menemaniku dan bersedia menggantikan tempat timbalanku yang degil dan enggan pergi. Perasaan kecewa yang menyelubungi diriku ketika itu menyebabkan aku nekad menunaikan solat hajat memohon pertolongan ALLAH untuk memberikan balasan yang setimpal kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan oleh ALLAH dan aktiviti HEDONISME tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu walaupun pada mulanya ramai yang ingin turut serta iaitu melebihi 10 orang. Terlalu banyak aku memendam rasa ketika menjadi pemimpin tetapi itulah antara pengalaman yamg mematangkan fikiranku untuk bertindak dengan lebih waras. Adakah perkara yang terjadi ini suatu suratan atau kebetulan???Walau apapun aku tidak pernah menyalahkan mereka kerana apa yang terjadi 90% aku letakkan kesalahan pada diriku ini. Mereka tetap temanku walaupun berlainan fikrah sekalipun. Semua yang berlaku ini adalah rezeki masing-masing dan jutaan tahniah pada mereka yang berjaya. Agak terkilan juga aku tidak dapat bersama-sama mereka mengecapi kejayaan tersebut. Ketika ’meeting’ acap kali aku cuba memberi semangat dan motivasi serta sedikit tazkirah buat mereka, tetapi akhirnya aku juga yang tak termotivasi, semangat aku hilang melayang-layang hanya tinggal bayang-bayang. Apapun ingatlah kejayaan yang anda perolehi sekarang ini belum tentu akan kekal selamanya dan juga belum tentu mampu dipasarkan ke pasaran kerja kelak. Apapun ALLAH sahajalah yang Maha Berkuasa menentukan nasib anda kelak, jangan riak dan sombong dengan nikmat yang ALLAH kurniakan, sebaliknya bersyukurlah dengan kurniaan tersebut. Barangsiapa yang besyukur dengan nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan pasti ALLAH akan tambahkan lagi pada mereka. Banyakkan lah mengingati ALLAH dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA terutama bila senang bukan bila susah baru nak beringat seperti yang terjadi pada diriku ini. Hadis kelapan belas dalam kitab karangan Imam Nawawi, Matan Arba’in bermaksud Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

Hanya hamparan sejadah yang menjadi temanku untuk ’berbicara’ dengan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Memang mudah untuk kita menasihati dan memberi semangat pada orang lain, tetapi belum tentu kita mampu memberi semangat kepada diri kita sendiri apabila musibah datang melanda. Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang yang terpaksa kutanggung. Hanya yang merasai lebih mengerti apa yang terjadi. I know much more than i say. Sekadar renungan, luahan perasaan dan peringatan dari seorang insan yang mengalami keperitan yang akan bangkit daripada kegagalan menuju kejayaan penuh keberkatan, keredhaan dan kerahmatan yang berkekalan, InsyaALLAH...Wallaualam : - )

Sunday, November 11, 2007

Sekadar Renungan Bersama

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Thursday, November 8, 2007

Open House

Gambar di atas adalah ketika penulis bersama-sama dengan students Accounting 3rd year di rumah terbuka En Mohid pada 27 Oktober 2007 jam 3.30ptg. Sajian yang disediakan enak 'bangat' sehingga menjilat jari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah yang telah menjemput kami dan melayani dengan penuh kemesraan. Inilah antara contoh Muslim yang memulia dan menghormati tetamu. Bersesuaian dengan sebuah hadis dalam Matan Arba'in :-

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "

Wallahualam

Perhimpunan aman BERSIH 100 ribu rakyat


Tarikh 10 November 2007 bakal mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dalam arena politik di Malaysia. Seramai 100 ribu atau mungkin lebih daripada itu Mujahid dan mujahidah dari seluruh pelosok Malaysia bakal menggegarkan Dataran Merdeka yang biasanya dipenuhi oleh 'Mat-mat Rempit dan Minah Rempit' mempamerkan 'show' berani mati mereka.

Dengan bertemakan warna diraja yakni Warna Kuning, 'tentera DIGI' akan berhimpun secara aman dengan satu matlamat yang jelas lagi nyata iaitu tidak lain tidak bukan untuk menyatakan hasrat mereka, menuntut proses perjalanan Pilihanraya Umum diadakan secara bersih dan adil.

Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dalam Harakahdaily baru-baru ini, "sudah 'jenoh' kita bersuara atas pentas ceramah, dalam media kita, dalam sekelumit 'slot' yang diberi di media arus perdana, dalam memo demi memorandum yang diajukan, dalam Dewan Parlimen dan DUN melalui wakil-wakil kita tapi kerajaan yang memerintah makin galak menindas dan memanipulasi. Begitulah luahan hati salah seorang serikandi Islam yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam berjuang menegakkan Islam.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita bangkit daripada lamunan dan angan-angan kosong!!!
Sama-sama kita menuju ke Dataran Merdeka melaungkan hasrat kita yang sudah terpendam sekian lama. Sampai bila kita hendak dipijak, diperbudak-budakkan dan di’chong’ oleh kerajaan Islam Hadhari yang hipokrit..Dalam kaca TV dan corong-corong radio hebat berpidato memikat hati-hati rakyat yang disangkakan jahil dengan janji-janji manis mereka tetapi realitinya tidak!!!

Kita ambil contoh kes rasuah. Berdasarkan kepada sumber Global Corruption Index 2007 (rujuk
http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml ) Malaysia menduduki ranking ke-43 dunia berkongsi tempat dengan South Korea Dan South Africa dalam kes membabitkan rasuah. Apa sudah jadi???
Negara Yahudi yakni Israel yang dimaki hamun setiap hari menduduki tangga ke-30, adakah Malaysia lebih teruk daripada Israel???Inilah yang menjadi persoalan saya yang mugkin dapat dirungkaikan oleh kerajaan. Siapa saya jika hendak dibandingkan dengan menteri-menteri yang lebih berkuasa berdasarkan hirarki. Kemanakah Implementasi janji-janji "Kerajaan Islam Hadhari" dalam membasmi rasuah sehingga ke akar umbi??? Teringat seketika saya terhadap lagu "Janji Manismu" nyanyian AISHAH yang sekarang sudahpun bertudung (Alhamdullilah, moga kekal selamanya). Antara bait-bait lirik lagu beliau :-
Oh dunia ini

Penuh kepalsuan

Oh mungkinkah tiada

Keikhlasan

Apakah ini

Suatu pembalasan

Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Mungkinkah kerajaan tiada keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat???
Semakin ramai ikan-ikan bilis ditangkap kerana disyaki terlibat dalam rasuah, tetapi yang memusykilkan saya bila lagi IKAN JERUNG nak dihadapkan ke muka Pengadilan???


Sam-sama kita muhasabah diri kita setiap hari agar apa yang kita kerjakan selama ini diredhai ALLAH. Apa yang baik itu daripada ALLAH, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Mohon maaf jika menyinggung sensitiviti sesetengah pihak tapi itulah luahan rasa "Tinta Emas"-Al-Islam Huwal Hellu (Islam adalah Penyelesaian)

Akhirulkalam, sama-sama kita renungkan ungkapan termasyhur junjungan besar Rasulullah S.A.W yang langsung tidak pernah meminta harta kekayaan sebagai balasan terhadap apa yang baginda kerjakan (tak macam kita yang materialistik)

"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."

Wassalam.





Wednesday, November 7, 2007

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Assalamualaikum warahmatullah w.b.t


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s.a.w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. " Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- " Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat" Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!

KEISTIMEWAANNYA Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli- ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat Wassalam...