Thursday, November 8, 2007

Perhimpunan aman BERSIH 100 ribu rakyat


Tarikh 10 November 2007 bakal mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dalam arena politik di Malaysia. Seramai 100 ribu atau mungkin lebih daripada itu Mujahid dan mujahidah dari seluruh pelosok Malaysia bakal menggegarkan Dataran Merdeka yang biasanya dipenuhi oleh 'Mat-mat Rempit dan Minah Rempit' mempamerkan 'show' berani mati mereka.

Dengan bertemakan warna diraja yakni Warna Kuning, 'tentera DIGI' akan berhimpun secara aman dengan satu matlamat yang jelas lagi nyata iaitu tidak lain tidak bukan untuk menyatakan hasrat mereka, menuntut proses perjalanan Pilihanraya Umum diadakan secara bersih dan adil.

Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dalam Harakahdaily baru-baru ini, "sudah 'jenoh' kita bersuara atas pentas ceramah, dalam media kita, dalam sekelumit 'slot' yang diberi di media arus perdana, dalam memo demi memorandum yang diajukan, dalam Dewan Parlimen dan DUN melalui wakil-wakil kita tapi kerajaan yang memerintah makin galak menindas dan memanipulasi. Begitulah luahan hati salah seorang serikandi Islam yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam berjuang menegakkan Islam.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita bangkit daripada lamunan dan angan-angan kosong!!!
Sama-sama kita menuju ke Dataran Merdeka melaungkan hasrat kita yang sudah terpendam sekian lama. Sampai bila kita hendak dipijak, diperbudak-budakkan dan di’chong’ oleh kerajaan Islam Hadhari yang hipokrit..Dalam kaca TV dan corong-corong radio hebat berpidato memikat hati-hati rakyat yang disangkakan jahil dengan janji-janji manis mereka tetapi realitinya tidak!!!

Kita ambil contoh kes rasuah. Berdasarkan kepada sumber Global Corruption Index 2007 (rujuk
http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml ) Malaysia menduduki ranking ke-43 dunia berkongsi tempat dengan South Korea Dan South Africa dalam kes membabitkan rasuah. Apa sudah jadi???
Negara Yahudi yakni Israel yang dimaki hamun setiap hari menduduki tangga ke-30, adakah Malaysia lebih teruk daripada Israel???Inilah yang menjadi persoalan saya yang mugkin dapat dirungkaikan oleh kerajaan. Siapa saya jika hendak dibandingkan dengan menteri-menteri yang lebih berkuasa berdasarkan hirarki. Kemanakah Implementasi janji-janji "Kerajaan Islam Hadhari" dalam membasmi rasuah sehingga ke akar umbi??? Teringat seketika saya terhadap lagu "Janji Manismu" nyanyian AISHAH yang sekarang sudahpun bertudung (Alhamdullilah, moga kekal selamanya). Antara bait-bait lirik lagu beliau :-
Oh dunia ini

Penuh kepalsuan

Oh mungkinkah tiada

Keikhlasan

Apakah ini

Suatu pembalasan

Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Mungkinkah kerajaan tiada keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat???
Semakin ramai ikan-ikan bilis ditangkap kerana disyaki terlibat dalam rasuah, tetapi yang memusykilkan saya bila lagi IKAN JERUNG nak dihadapkan ke muka Pengadilan???


Sam-sama kita muhasabah diri kita setiap hari agar apa yang kita kerjakan selama ini diredhai ALLAH. Apa yang baik itu daripada ALLAH, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Mohon maaf jika menyinggung sensitiviti sesetengah pihak tapi itulah luahan rasa "Tinta Emas"-Al-Islam Huwal Hellu (Islam adalah Penyelesaian)

Akhirulkalam, sama-sama kita renungkan ungkapan termasyhur junjungan besar Rasulullah S.A.W yang langsung tidak pernah meminta harta kekayaan sebagai balasan terhadap apa yang baginda kerjakan (tak macam kita yang materialistik)

"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."

Wassalam.





No comments: